Hari ini Senin Tanggal 22 Desember 2014, hari ini merupakan hari ibu, yang mana hikmah dari hari ibu adalah untuk mengingatkan kita tentang perjuangan seorang yang melahirkan, mengurus, dan mendidik kita semua dengan susah payah, namun itu semua dilakukan dengan tulus dan ikhlas. Setiap manusia yang lahir kedunia pasti harus melalui ibu, karena itu sudan menjadi Sunnatulloh. Oleh karena itu dalam membina jalur komunikasi antara sesama manusia, maka ibu yang mendapatkan prioritas pertama dan utama setelah nabi kita.
Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya.
Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu
dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan
lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat
dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan
hidup anak yang bakal dilahirkan.
Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”. [Surah Maryam: 23].
Selepas
itu ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya,
mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, membancuh
minuman kesukaan anaknya, membasuh kasut dan baju anaknya, memakaikannya
dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air
matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya.
Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya.
Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya
sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.
Darjat
ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam
al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:
“Sembahlah
ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat
baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.” [ Surah an-Nisa: 36].
“Katakanlah:
Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu
janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah
terhadap kedua ibu dan bapa.” [Surah an-An’am: 151].
Tuntutan
menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan
di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat
ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling
penting selepas taat kepada ALLAH.
Kita dilarang menderhakai
ibubapa. Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH
subhanahu wata’ala. Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang
memerlukan kita untuk bertaubat nasuha. Justeru, kita wajib patuh kepada
mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM. Walaupun begitu, kita
dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang
disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’. Hal ini ada
diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam
Ahmad yang maksudnya:
“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.
Mari
kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam
tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita
menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita
seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.
Abu Hurairah r.a berkata:“Seorang
pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan
berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak
mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian
siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian
siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa?
Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Abdullah bin Amr bin al-’As r.a berkata yang maksudnya: “Seorang
pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk
menyertai jihad. Rasulullah s.a.w berkata: Adakah kedua ibubapa kamu
masih hidup? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Jadi jihad kamu adalah
bersama mereka.” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah
amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada
waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian
memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi:
Jihad di jalan ALLAH.” [Hadith riwayat al-Bukhari].
Daripada
nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting.
Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar
menyertai jihad. Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah
Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya
disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang
uzur. Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w. Pemuda
tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa
Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tapi hasrat
beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya. Hatta,
Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan
mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa
dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.
Di
dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih
tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian. Ini kerana
pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari
segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita
dalam tempoh yang panjang.
Selamat Hari Ibu, semoga kita semua bisa memaknai hari ini, bahwa ibu adalah malaikat yang nyata dalam hidup kita.